Cari Blog Ini

Sabtu, 24 Desember 2011

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Terdapat berbagai-bagai model bagi pengajaran dan pembelajaran menggunakan media. Di antara model yang diperkenakan ialah Model Komunikasi. Bagi proses komunikasi, berbagai model telah dikemukakan seperti oleh Schramm dan yang lebih kompleks seperti yang digunakan di dalam kejuruteraan telekomunikasi.
  1. Model Komunikasi
Model ini telah diperkenalkan oleh R.M. Brown (1963). Proses komunikasi yang berlaku ini terdapat di dalam lima peringkat iaitu:
a.     Punca (penghantar)
b.     Enkod (bentuk)
c.     Saluran (deria atau media)
d.     Dekod (kesan)
e.     Penerima
  1. Punca (pengantar)
Pengantar ialah manusia dan di sini ialah guru. Pengantar akan menghantar atau menyampaikan sesuatu mesej kepada pelajar.
  1. Enkod (bentuk)
Mesej yang disampaikan oleh guru akan dienkod iaitu akan disusun serta dipilih simbol supaya dapat difahami oleh kedua-duanya, pengantar dan penerimanya.
  1. Saluran (deria atau media)
Mesej yang telah dienkod tadi hendaklah dihantar melalui sesuatu. Jika melalui gelombang udara, melalui telefon dan jika melalui gambar, melalui video, TV atau foto.

  1. Dekod (kesan)
Mesej yang telah dibentuk dan dihantar melalui sesuatu saluran tadi perlu dikesan oleh penerima. Jika melalui video, mesej itu hendaklah dekodkan dengan menggunakan otak penerima terlebih dahulu. Kemudian barulah proses penyusunan dan memahami simbol diterima.
  1. Penerima
Mesej yang diterima iaitu dienkod melalui saluran video tadi telah didekod akhirnya akan diterima oleh penerima. Penerima di sini ialah murid. Jika sekiranya ada penghalang semasa proses itu seperti kod bahasa tidak difahami, murid akan menyoal untuk mendapatkan kefahaman.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran sering berlaku salah anggap di antara guru dan murid. Guru menganggap dia telah menyampaikan pelajaran kepada muridnya sedangkan murid tidak memahami apa yang telah diajarkan oleh gurunya. Ini menyebabkan lain mesej yang hendak disampaikan lain pula mesej yang diterima.
Penyampaian mesej kepada murid dipengaruhi oleh beberapa faktor iaitu pengaruh gangguan, pengaruh media dan pengaruh-pengaruh lain. Pengaruh gangguan ialah seperti bentuk tulisan yang tidak sesuai atau tidak jelas atau suasana bising di dalam atau di luar kelas atau sistem pengudaraan yang kurang selasa. Sementara pengaruh media pula ialah seperti pemilihan media yang kurang tepat seperti penggunaan pembaris yang dihentakkan di meja. Ini menyebabkan murid tidak seronok untuk belajar. Pengaruh-pengaruh lain ialah seperti sikap guru sendiri kurang disenangi oleh pelajar. Kesemua faktor-faktor ini mempengaruhi proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu guru perlu memberi perhatian akan keadaan sekeliling di samping penggunaan media untuk mendapatkat proses pengajaran yang berkesan.
 
 
  1. Model ASSURE
Model ini telah diperkenalkan oleh Heinich, Molanda, Russell (1989).
Assure bermaksud " memastikan sesuatu berlaku." Singkatan akronim ASSURE bermaksud,
 
A - Analyse learner (Analisis pelajar)
S - State objective (nyatakan objektif)
S - Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
U - Use media (gunakan media)
R - Require learner response (keperluan tindakan)
E - Evaluate materials (menilai)
  1. Analyse learner (analisis pelajar)
Mengenalpasti kesediaan dan pengetahuan sedia ada pelajar berkaitan dengan tajuk yang hendak diajar. Kaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi pelajar untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku.
  1. State objective (nyatakan objektif)
Nyatakan objektif dengan khusus berdasarkan pencapaian yang dirancangkan.
  1. Select, modify or make media (pilih, baiki atau bina media).
Guru hendaklah memilih media yang sedia ada disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media itu rosak atau kurang sesuai hendaklah dibaiki terlebih dahulu. Tetapi jika media yang sedia ada tidak bersesuaian dengan objektif pengajaran, guru hendaklah membina media yang baru bersesuai dengan tajuk dan objektif pengajaran.


  1. Use media (gunakan media)
Rancangkan bagaimana media itu hendak digunakan. Sediakan alat kemudahan untuk persembahan. Rancangkan aktiviti-aktiviti yang menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada murid supaya murid merasa seronok. Adakan juga aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan.
  1. Require learner response (keperluan tindakbalas)
Tindak balas dari pelajar seperti membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Adakan juga pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi.
  1. Evaluate materials (menilai)
PENUTUP
Media pendidikan dan media pengajaran merupakan satu komponen bidang teknologi pendidikan sahaja. Komponen tersebut berfungsi memperolehi, memproses dan menyusun kembali maklumat pandang- dengar. Media boleh berupa alat, perkakas atau bahan grafik, fotografik, elektronik atau mekanik. Komponen lain terdiri daripada isi kandungan matapelajaran, matlamat dan objektif matapelajaran, penyusunan semua perkara tersebut mengikut kebolehan murid dan pengajaran yang disampaikan oleh guru. Semua komponen itu kemudiannya hendaklah dinilai dan dibaiki oleh guru.

 









DAFTAR PUSTAKA
Dewi Salma Prawiradilaga, Prinsip Desain Pembelajaran, Kencana Predana Media Group
Sharifah Alwiah Alsagoff . Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
Schramm. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M. Brown. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
R.M.W. Travers. Teknologi Pengajaran. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. 1994.
Othman Jantan. Peranan dan Cabaran Pusat Sumber Sekolah di Alaf Baru. Johor : PSPN. 1999.
Rokiah Ismail. Bahan Pelbagai Media. Johor : PSPN. 1999.
Yusuf Hashim. Media Pengajaran Untuk Pendidikan dan Latihan. Shah Alam : Siri Pendidikan Fajar Bakti. 1997.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar